Catatan

Koleksi Link Yang Berkaitan

Berikut adalah link yang berkaitan dengan sejarah etnik Banjar dan budaya masyarakat Banjar di Perak: 1. Etnik Kaum Banjar http://fatintourism.blogspot.com/2016/09/etnik-kaum-banjar-di-malaysia.html 2. Hubungan Etnik Banjar http://hubunganetnik-ipgkpi.blogspot.com/2012/05/etnik-banjar.htm 3. Etnik Banjar di Perak https://www.themalayapost.my/etnik-banjar-di-perak/ 4. Sejarah dan budaya masyarakat Banjar di Perak http://www.jmm.gov.my/en/content/bicara-kuratorsejarah-dan-budaya-masyarakat-banjar-di-perak 5. Adat resam dan budaya masyarakat Banjar Bagan Serai, Perak https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/102

BUDAYA DAN ADAT RESAM MASYARAKAT BANJAR DI PERAK

Imej
 PAKAIAN Orang Banjar ada pakaian tradisinya dan turut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya yang ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu menjadi petani. Pakaian tradisional yang biasa dipakai di hari biasa oleh remaja dan orang dewasa kaum lelaki Banjar adalah seluar panjang yang menutup kaki. Juga dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat. Bahagian dada terbelah berkancing tiga dan tanpa poket. Pada saat-saat tertentu pakaian kelengkapan pakaian ini ditambah dengan kain sarung yang diletakkan di bahu. Manakala, warna yang digunakan oleh remaja lebih terang dan dominan seperti warna kuning.  Lelaki yang berusia bagi masyarakat Banjar pula mengenakan baju palimbangan iaitu kemeja berlengan panjang dengan leher baju bulat yang dilengkapi butang lima dan mempunyai poket sebanyak tiga buah. Pasangannya menggunakan kain sarung yang lazim disebut tapih kaling iaitu sejenis sarung yang terbuat dari katun atau sutra bermotif garis-garis melintang d...

BAHASA DAN MAKANAN TRADISI ORANG BANJAR

Imej
  BAHASA BANJAR Bahasa Banjar ialah bahasa ialah bahasa Austronesia yang sering dipertuturkan oleh sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan, Indonesia. Bahasa Banjar merupakan salah satu cabang bahasa yang berkembang dari bahasa Melayu. Bahasa Banjar dijadikan sebagai bahasa roto-Malayik seperti bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai(Bengkulu). Bahasa ini berasal daripada provinsi Kalimantan Selatan yang terbahagi kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua dan Alai. Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan Dayak. Bahasa Melayu Banjar terbahagi kepada dua kelompok dialek iaitu: Bahasa Banjar Hulu -  Bahasa yang digunakan oleh masyarakat Banjar yang berada di kawasan yang kini disebut 'BANUA           ANAM'.  Bahasa Banjar Kuala -  Bahasa yang digunakan oleh masyarakat Banjar yang berada di kawasan Kabupaten Banjar, Banjarbaru, Banjarmasin dan Barito Kuala. Contoh bahasa Banjar P...

SEJARAH ETNIK BANJAR

Imej
  PENGENALAN Seperti yang kita tahu Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. hal ini kita boleh lihat dari segi sejarah, adat resam dan kebudayaan. Kaum utama ialah Melayu, Cina dan India. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa masyarakat Melayu ini terdiri daripada suku kaum yang berbeza seperti Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Di sini akan memfokuskan sejarah dan kedatangan etnik Banjar ke Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. ASAL-USUL BANJAR Orang Banjar atau Banjar ialah sebuah kumpulan etnik yang berasal dari Wilayah Kalimantan Selatan di negara Indonesia. Kumpulan etnik ini juga disebut sebagai bumiputera di Malaysia iaitu istilah yang secara umum merujuk kepada orang Melayu. Kebanyakannya mereka boleh ditemui di Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Perak dan Sabah. Sejarahnya bermula apabila orang-orang Proto-Melayu berhijrah ke Borneo pada 2500 SM, orang Melayu Deutoro berhijrah ke Borneo. Orang Melayu dari Sumate...

ABOUT ME

Imej
  ABOUT ME Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Saya masih lagi belajar menulis blog. Jika ada kekurangan saya akan cuba untuk memperbaiki lagi.  Kenali serba sedikit tentang saya!!! Saya Nur Syafiqah Binti Sariman berumur 21 tahun. Tinggal berhampiran dengan kampung halaman di Bagan Serai, Perak. Kini, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UPSI. Saya memilih jurusan Pentadbiran Perniagaan Perkhidmatan Kewangan.  Saya suka meneroka ilmu dan pengalaman baru untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Minat belajar pelbagai bahasa. Saya mungkin mengambil bahasa Mandarin atau Jepun sebagai bahasa ketiga. Diharap saya dapat mencapai impian pada masa akan datang. InshaAllah.