BAHASA DAN MAKANAN TRADISI ORANG BANJAR

 

BAHASA BANJAR

Bahasa Banjar ialah bahasa ialah bahasa Austronesia yang sering dipertuturkan oleh sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan, Indonesia. Bahasa Banjar merupakan salah satu cabang bahasa yang berkembang dari bahasa Melayu. Bahasa Banjar dijadikan sebagai bahasa roto-Malayik seperti bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai(Bengkulu). Bahasa ini berasal daripada provinsi Kalimantan Selatan yang terbahagi kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua dan Alai. Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan Dayak. Bahasa Melayu Banjar terbahagi kepada dua kelompok dialek iaitu:
  • Bahasa Banjar Hulu
Bahasa yang digunakan oleh masyarakat Banjar yang berada di kawasan yang kini disebut 'BANUA           ANAM'. 
  • Bahasa Banjar Kuala
Bahasa yang digunakan oleh masyarakat Banjar yang berada di kawasan Kabupaten Banjar, Banjarbaru, Banjarmasin dan Barito Kuala.

Contoh bahasa Banjar
Perbezaan antara bahasa Banjar Hulu dan bahasa Banjar Kuala

MAKANAN TRADISI ORANG BANJAR

Masyarakat Banjar terkenal dengan pelbagai makanan dan manisan yang menjadi juadah kepada masyarakat ini. Antara makanan tersebut ialah :
  • Wadai Kepeng - Pada masa dahulu, wadai kepeng disediakan selepas selesai menanam padi ataupun majlis doa kesyukuran atau doa selamat. Proses menyediakan kuih tidaklah sukar dan selalunya masyarakat Banjar akan membuatnya secara bergotong royong.
Wadai Kepeng


Cara membuat wadai kepeng
  • Kuih Kalakatar - Kuih ini hampir sama dengan bengkang tetapi cara membuatnya menggunakan isi kelapa muda air kelapa muda. Kuih ini sesuai dimakan semasa panas kerana rasanya yang enak dan sedap. Cara membuat kuih ini sukar dan masih ramai orang Banjar yang tidak mahir membuat kuih kalakatar.
Kuih Kalakatar

Cara membuat kuih kalakatar
  • Tapai Pulut Hijau - Tapai ini agak berbeza dengan tapai pulut biasa yang warna putih dari sudut warna, rasa dan aromanya. Warna hijau tapai terhasil daripada air tapisan dan air perahan daun cekur manis atau pucuk kato dalam bahasa Banjar. 'Sahang' atau lada hitam juga digunakan dalam proses membuat tapai pulut hijau dengan memasukkan beberapa biji lada hitam ke dalam air gula yang dilarutkan dengan air suam. Tapai pulut hijau biasanya dihidangkan semasa majlis-majlis kenduri masyarakat Banjar.
Tapai Pulut Hijau

Cara membuat tapai pulut hijau
  • Ikan Wadik - Makanan ini seperti pekasam tetapi tidak masam. Cara penyediaan ikan wadik ini adalah dengan menggunakan ikan daripada jenis ikan darat seperti sepat atau puyu yang banyak terdapat di kawasan penanaman padi. Daerah Kerian merupakan salah satu tempat pengeluar padi yang terbesar maka ikan jenis ini senang diperolehi dan banyak didapati di sini. Hidangan ini dapat membangkitkan selera kepada orang yang menikmatinya.
Ikan Wadik Goreng

Cara membuat ikan wadik
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEJARAH ETNIK BANJAR

BUDAYA DAN ADAT RESAM MASYARAKAT BANJAR DI PERAK