SEJARAH ETNIK BANJAR

 

PENGENALAN

Seperti yang kita tahu Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. hal ini kita boleh lihat dari segi sejarah, adat resam dan kebudayaan. Kaum utama ialah Melayu, Cina dan India. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa masyarakat Melayu ini terdiri daripada suku kaum yang berbeza seperti Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Di sini akan memfokuskan sejarah dan kedatangan etnik Banjar ke Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu.


ASAL-USUL BANJAR


Orang Banjar atau Banjar ialah sebuah kumpulan etnik yang berasal dari Wilayah Kalimantan Selatan di negara Indonesia. Kumpulan etnik ini juga disebut sebagai bumiputera di Malaysia iaitu istilah yang secara umum merujuk kepada orang Melayu. Kebanyakannya mereka boleh ditemui di Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Perak dan Sabah.

Sejarahnya bermula apabila orang-orang Proto-Melayu berhijrah ke Borneo pada 2500 SM, orang Melayu Deutoro berhijrah ke Borneo. Orang Melayu dari Sumatera membawa budaya mereka ke Borneo pada 400 Masihi.Pencantuman budaya ini telah melahirkan bahasa Banjar Hulu. Pada tahun 520 Masihi, orang Melayu membentuk kerajaan Buddha Tanjungpuri di wilayah Tanjung yang sekarang dikenal sebagai Tabalong.

Menurut sejarah, Putera Samudera merupakan pewaris sah kerajaan Daha terpaksa melarikan diri dari mahkamah disebabkan berlaku pemberontakan oleh bapa saudara terhadapnya. Putera Samudera diterima oleh orang Bandar Masih dan disokong oleh Kesultanan Demak. Beliau telah membentuk Kerajaan Bandar Islam yang baru pada tahun 1526 dan menjadikan Bandar Masih sebagai ibu kota. Nama Banjar Masih kemudiannya ditukar kepada nama Banjarmasin. Antara daerah-daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah dari daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan Martapura. 

Peta : Banjarmasin
     

Ibu kota Banjarmasin

PENGHIJRAHAN SUKU KAUM BANJAR

Penghijarahan berlaku pada tahun 1780 ke Pulau Sumatera. Etnik Banjar sebagai pendatang ketika itu merupakan penyokong kepada Pangeran Amir yang kalah dalam Perang Saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri daripada wilayah Kerajaan Banjar kerana musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati. Pada tahun 1862, berlaku penghijarahan besar-besaran ke Pulau Sumatera. Suku kaum Banjar pada masa itu ialah pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri daripada pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka di dalam Perang Banjar telah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar. Etnik Banjar melakukan penghijrahan besar-besaran lagi pada tahun 1905. Mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi raja di Kerajaan Banjar telah mati syahid di tangan Belanda. 

Pada abad ke-19, suku Banjar juga berhijrah ke Tanah Melayu antaranya ialah negeri Kedah, Perak, Selangor, Johor dan Sabah. Daerah etnik Banjar yang paling ramai adalah daerah Kerian di Perak iaitu Bagan Serai, Alor Pongsu dan Parit Buntar. Selain itu, Bagan Datoh di Perak dikatakan sebagai tempat pertapakan awal masyarakat ini di Tanah Melayu. Ramai yang berpendapat bahawa mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi dan juga mahir dalam pekerjaan khusus seperti berniaga dan melukis. Pada masa itu, mereka sering berulang-alik berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan Singapura. Pekerjaan yang dilakukan oleh suku kaum Banjar dapat membezakan mereka dari suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara barat Banjarmasin. 

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penghijarahan suku Banjar ke Tanah Melayu. Antaranya ialah faktor kemiskinan yang mencengkam kehidupan orang Banjar di tempat asal mereka telah mendorong penghijrahan ke Tanah Melayu. Keadaan mereka agak sukar kerana tanah pertanian mereka sering menghadapi ancaman bintang buas. Di samping itu, mereka tertarik kemakmuran kehidupan di Tanah Melayu yang dikhabarkan oleh pedagang-pedagang yang berulang-alik ke Tanah Melayu. 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BUDAYA DAN ADAT RESAM MASYARAKAT BANJAR DI PERAK

BAHASA DAN MAKANAN TRADISI ORANG BANJAR